Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Korporat Latar Belakang

Sejarah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Cawangan Sarikei dahulunya dikenali dengan nama Federal Accounting Unit (FAU) telah diwujudkan pada tahun 1979. Federal Accounting Unit (FAU) pada masa itu berperanan dalam melaksanakan dan mengawal bayaran dan terimaan yang berkaitan dengan kewangan Kerajaan Persekutuan di kawasan Sarikei, Sarawak. Jumlah bilangan anggota pada masa itu adalah seramai empat (4) orang.

Semasa Federal Accounting Unit (FAU) diwujudkan pada tahun 1979, gelaran jawatan untuk ketua pejabatnya dinamakan sebagai Penyimpan Kira-kira. Kemudian pada tahun 1981, gelaran jawatan ketua pejabat ditukar kepada Pegawai Kerja Akaun; ditukar kepada Pegawai Kerja Akaun kanan pada tahun 1984; ditukar kepada Akauntan Perbendaharaan pada 1986 dan ditukar kepada Pengarah Cawangan pada tahun 1995 sehingga sekarang.

Semasa Jabatan Akauntan Negera Malaysia, Cawangan Sarikei diwujudkan pada tahun 1979, JANM, Cawangan Sarikei ditempatkan di tingkat 2, Blok 1, Wisma Persekutuan, Jalan Bangunan Kerajaan, Sarikei. Pejabat JANM, Cawangan Sarikei dipindah ke rumah kedai berempat tingkat, No. 15, Jalan Getah, Sarikei pada tahun 1986. JANM, Cawangan Sarikei telah diperuntukkan setingkat ruang pejabat di Tingkat bawah, Blok 2, Wisma Persekutuan, Jalan Bangunan Kerajaan, Sarikei dan dipindah ke premis tersebut pada tahun 1996. Pada April 2010, JANM, Cawangan Sarikei telah berpindah ke rumah kedai, No. 2-3, Lorong Jubli Mutiara 2, Jalan Bersatu, Sarikei. Kini, JANM Cawangan Sarikei mempunyai 29 orang pegawai dan kakitangan.