Untuk makluman, waktu operasi untuk kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat adalah bermula dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja. Perkhidmatan kaunter ini terhad kepada urusan berkaitan pertanyaan proses dan status permohonan. Sekiranya pelanggan ingin menghantar dokumen, pelanggan hendaklah meletak dokumen di tempat yang disediakan di kaunter atau pos ke jabatan ini. Manakala bagi perkhidmatan carian WTD, hendaklah dibuat secara atas talian (eGumis).
Sekian, terima kasih.